Tuesday, November 27, 2012

15 ekor terjual secara pakej..

Alhamdulillah baru2 ini sebanyak 15 ekor kambing betina telah terjual dengan harga pakej yg menarik. Pembeli bercadang untuk memulakan penternakan kambing di daerah segamat juga dan saya mendoakan agar bidang yg diceburinya ini berjaya. Walau bagaimanapun kami masih mempunyai banyak kambing yg sesuai untuk dijadikan baka untuk sesiapa yg berminat untuk menceburi bidang penternakan. Kambing2 kami dijaga dengan baik didalam kandang & tidak pernah dilepaskan meragut supaya kurang terdedah kepada penyakit. Kami juga memberikan rawatan ke atas kambing2 yg sakit & mendapatkan bantuan Jabatan Veterinar untuk memantau keadaan kambing. Inshaa Allah kambing2 yg kami jual memang sihat dan elok dijadikan baka atau induk. Sesiapa yg berminat untuk mendapat maklumat lanjut, boleh hubungi kami.

Wednesday, November 7, 2012

khabar terbaru...

salam semua.. tak sedar yg dah setahun saya x menulis dalam blog ni. sejak betukar kerja dari kuantan ke lembah klang & x sempat untuk update berita terkini mengenai ternakan kambing yg diusahakan. Alhamdulillah, ternakan yg diusahakan berkembang dan terjaga. Jumlah kambing yg diternak sekarang telah melebihi 4x ganda dari jumlah asal. Maka keputusan telah diambil untuk mengurangkan sedikit jumlah kambing tersebut dengan menjual secara pakej dgn harga yg lebih murah. Tujuannya supaya penjagaan kambing lebih terurus & dpt menambah nilai hasil kambing yg lain spt susu, proses tinja untuk baja dll. Walaupun jumlah kambing agak banyak namun permintaan kambing utk aqiqah & korban sukar dipenuhi jika tiada perancangan yg baik. Disebabkan itu, kami sebolehnya akan mengasingkan kambing (betina) yg telah cukup syarat agar stok untuk aqiqah dan korban sentiasa ada untuk pembeli. Diharapkan usaha kami ini diberkatiNya dlm sebahagian usaha kami untuk membekalkan binatang ternak untuk memenuhi tuntutan sunnah. Amin...

Pakej Jualan Kambing Secara Borong

Salam semua, Di sini ingin saya maklumkan bahawa kami ingin menjual kambing betina secara borong. Sesuai untuk pernternak yg ingin menceburkan diri dlm bidang penternakan kambing. Pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut: 1) 5 ekor kambing - RM600/ekor 2) 10 ekor kambing - RM590/ekor 3) 15 ekor kambing - RM570/ekor 4) 20 ekor kambing - RM560/ekor Kami juga ada menjual kambing jantan untuk dijadikan induk samada baka Boer atau Jamnapari. Selain itu, kami juga sedia berkongsi pengalaman dan memberikan bantuan selepas jualan melalui telefon. Jika berminat atau ingin mengetahui dengan lbh lanjut, boleh hubungi kami atau datang ke kandang kami di Pekan Jabi Segamat. Hj Razali 0197647062 atau Rashid 0136857952