Saturday, July 30, 2011

Umur Kambing Untuk Aqiqah

Ada beberapa haiwan ternakan yang boleh dibuat aqiqah setelah cukup syarat-syaratnya. Untuk aqiqah kambing, umurnya hendaklah cukup 2 tahun ATAU telah bersalin gigi..

boleh rujuk ke website berikut untuk maklumat lebih lanjut:

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/19707/page:5

Gambar2 terkini

Hari ini saya berkesempatan untuk upload beberapa gambar kambing2 yg ada di kandang. Gambar tersebut telah saya re-size balik agar muat untuk diletakkan di sebelah tepi blog ini. Nak buat slideshow gambar2 tersebut tapi belum berjaya lagi. So saya selitkan beberapa keping gambar terlebih dahulu.

Harap semua dapat melihat gambar2 tersebut...:-)

Sunday, July 17, 2011

Anak kambing baru..

Alhamdulillah, 2 ekor anak kambing telah selamat dilahirkan dengan berat kedua-duanya > 3 kg. Yang jantan kelihatanseperti sesuai untuk dibuat baka hasil kacukan Boer & Jamnapari.

Jangan lupa, kalau ingin melihat sendiri kambing, boleh hubungi kami.

Tuesday, July 12, 2011

2 ekor baka terjual

2 ekor induk pejantan telah dijual kepada 2 orang pembeli pada hari ahad yg lalu. seorang pembeli juga sangat meminati baka Jamnapari yang kami gelar Si Labuh, tetapi induk tersebut bukan untuk dijual. Si Labuh mempunyai ketinggian lebih kurang 1.5m telah kami bela sejak kecik lagi.

Friday, July 1, 2011

Selamat Tinggal Jordan..

Alhamdulillah, malam ini adik bongsu yg bernama Faiz akan tiba ke tanahair setelah menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran di JUST, Jordan. Semoga selamat tiba dan dapat berjumpa esok..

Baka Kalahari...

Kisah kali ini agak menyedihkan kerana seekor baka kalahari yang baru melahirkan anak telah mati tanpa sebab2 yg jelas..2 hari selepas anak yg dilahirkannya mati, si ibu pula mati. Nampaknya masih belum berkembang lagi kambing kalahari yang dibela. Harap2 seekor lagi baka dapat melahirkan anaknya dengan selamat nanti...