Thursday, February 14, 2019

Homestay R&R di sekitar Kajang / Bangi

HOMESTAY R&R

Homestay R&R adalah usaha kami untuk berjinak-jinak dalam perniagaan homestay. Kami mempunyai 2 buah homestay untuk disewakan yang terletak di Country Heights, Kajang dan juga Mutiara Heights, Kajang.

Anda boleh layari FB kami di:  https://www.facebook.com/homestayrnr/

Homestay 1: Country Villa, Country Heights

Rumah dan juga kawasan ini didirikan dengan konsep mediterranean yang unik dan menarik umpama perkampungan terancang di tengah bandar. Rumah-rumah yg dibina di tepi 5 buah tasik mempunyai pemandangan yg menenangkan. Tasik- tasik ini mengalirkan airnya ke sebatang sungai yg melalui kawasan ini.

Lokasi yg strategik kerana berhampiran dengan:
- Institut Pengajian: UNITEN, IUKL, UPM, Global Modern International School, Tanarata International School, Eaton Internation School, Nexus International School, Australia International School, Limkokwing Universiti Cyberjaya, Alice Smith International School
- Pusat Latihan MAYBANK, CIMB, RHB, BSN, Pubic Bank, PETRONAS Leadership Centre, INFRA, TNB research centre, PETRONAS Research (PRSS)
- Pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya
- Pusat membeli belah: IOI City Mall, Alamanda Putrajaya, The Mines, PKNS Bandar Baru Bangi, Evo, Bandar Baru Bangi boutique outlet, 
- Terletak betul-betul hampir dengan PLUS highway exit Kajang, SKVE & laluan ke SILK highway

Kemudahan- kemudahan yg ada: 
- Kolam renang dewasa & kanak-kanak
Jogging area
- Taman-taman rekreasi
- Taman permainan kanak-kanak
- Kawasan memancing - ikan besar-besar 
- Kawasan istirehat dengan pancuran air
- Dewan serbaguna & badminton
- Surau
- Parking untuk 2 buah kereta. Terdapat kawasan untuk parking pelawat.


Homestay 2: Ivory Residence, Mutiara Heights, Kajang


Kondo yg agak baru ini siap dibina pada tahun 2015 dengan keluasan 1,288 kaki persegi.
Kondo ini adalah unit korner untuk lebih 'privacy' dan terletak dekat dengan lift untuk memudahkan urusan. Kondo ini mempunyai 3 bilik tidur yg dilengkapi air conditioning & 2 bilik air yg dilengkapi water heater. Wet kitchen/yard mempunyai pemandangan bandar Kajang manakal balkoni menghala ke swimming pool dan juga Hutan Simpan Jelok. Gril dan tingkap sliding di pasang untuk keselamatan penghuni unit ini.

Kabinet dapur dilengkapi dengan hob dan hood, peralatan memasak & pinggan mangkuk untuk kegunaan tetamu. Air cond dipasang di setiap bilik dan juga ruang tamu selain daripada kipas di setiap bilik dan ruang makan. Kedudukan rumah di tingkat yang agak tinggi memberikan kelebihan dengan angin segar yang bertiup masuk ke rumah.

Parking berbumbung disediakan untuk 2 buah kereta dan terletak berdekatan dengan pintu masuk lobby lift. Kondo ini juga menyediakan parking untuk pelawat yang banyak.

Kemudahan- kemudahan yg ada: 
- Kolam renang dewasa & kanak-kanak
- Gymnasium (indoor & outdoor)
- Jogging track
- Taman-taman rekreasi
- Taman permainan kanak-kanak
- Kawasan untuk BBQ
- Kawasan istirehat dengan pancuran air
- Dewan serbaguna & badminton
- Surau

100m dari shuttle bus stop ke Kajang-Sg. Buloh MRT Station. It is waiting area for shuttle bus.
100m ke business centre - speedmart99, dobi, restoran arab, seafood, mamak, supermarket

5 minit drive - Giant, McD, workshops, restaurants, petrol stations, Masjid dan lain-lain.

5-10 minit drive - Bandar Kajang, TESCO, KPJ Specialist, Kajang Medical Centre, Hospital Kajang, Sate Kajang Hj Samuri, MRT station.

Tuesday, November 27, 2012

15 ekor terjual secara pakej..

Alhamdulillah baru2 ini sebanyak 15 ekor kambing betina telah terjual dengan harga pakej yg menarik. Pembeli bercadang untuk memulakan penternakan kambing di daerah segamat juga dan saya mendoakan agar bidang yg diceburinya ini berjaya. Walau bagaimanapun kami masih mempunyai banyak kambing yg sesuai untuk dijadikan baka untuk sesiapa yg berminat untuk menceburi bidang penternakan. Kambing2 kami dijaga dengan baik didalam kandang & tidak pernah dilepaskan meragut supaya kurang terdedah kepada penyakit. Kami juga memberikan rawatan ke atas kambing2 yg sakit & mendapatkan bantuan Jabatan Veterinar untuk memantau keadaan kambing. Inshaa Allah kambing2 yg kami jual memang sihat dan elok dijadikan baka atau induk. Sesiapa yg berminat untuk mendapat maklumat lanjut, boleh hubungi kami.

Wednesday, November 7, 2012

khabar terbaru...

salam semua.. tak sedar yg dah setahun saya x menulis dalam blog ni. sejak betukar kerja dari kuantan ke lembah klang & x sempat untuk update berita terkini mengenai ternakan kambing yg diusahakan. Alhamdulillah, ternakan yg diusahakan berkembang dan terjaga. Jumlah kambing yg diternak sekarang telah melebihi 4x ganda dari jumlah asal. Maka keputusan telah diambil untuk mengurangkan sedikit jumlah kambing tersebut dengan menjual secara pakej dgn harga yg lebih murah. Tujuannya supaya penjagaan kambing lebih terurus & dpt menambah nilai hasil kambing yg lain spt susu, proses tinja untuk baja dll. Walaupun jumlah kambing agak banyak namun permintaan kambing utk aqiqah & korban sukar dipenuhi jika tiada perancangan yg baik. Disebabkan itu, kami sebolehnya akan mengasingkan kambing (betina) yg telah cukup syarat agar stok untuk aqiqah dan korban sentiasa ada untuk pembeli. Diharapkan usaha kami ini diberkatiNya dlm sebahagian usaha kami untuk membekalkan binatang ternak untuk memenuhi tuntutan sunnah. Amin...

Pakej Jualan Kambing Secara Borong

Salam semua, Di sini ingin saya maklumkan bahawa kami ingin menjual kambing betina secara borong. Sesuai untuk pernternak yg ingin menceburkan diri dlm bidang penternakan kambing. Pakej yg ditawarkan adalah seperti berikut: 1) 5 ekor kambing - RM600/ekor 2) 10 ekor kambing - RM590/ekor 3) 15 ekor kambing - RM570/ekor 4) 20 ekor kambing - RM560/ekor Kami juga ada menjual kambing jantan untuk dijadikan induk samada baka Boer atau Jamnapari. Selain itu, kami juga sedia berkongsi pengalaman dan memberikan bantuan selepas jualan melalui telefon. Jika berminat atau ingin mengetahui dengan lbh lanjut, boleh hubungi kami atau datang ke kandang kami di Pekan Jabi Segamat. Hj Razali 0197647062 atau Rashid 0136857952

Friday, October 14, 2011

Korban Aidil Adha..

Sempena dengan hari Raya Aidil Adha yg bakal menjelang tidak lama lagi, kami mempunyai stok kambing yang telah cukup syarat untuk dijadikan korban. Jika tuan puan ingin melaksanakan ibadah korban, bolehlah hubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami juga ada menyediakan khidmat penyembelihan, melapah dan memotong daging/tulang.

Jgn lupa 019-7647062 / 0136857952

Wednesday, September 14, 2011

Aqiqah untuk anak...

Hujung minggu ini saya akan melaksanakan aqiqah untuk anak yg ke-4 sekali dengan aqiqah anak saudara. 2 ekor kambing akan disembelih untuk tujuan ini. semoga mendapat manfaat dari aqiqah yg dilaksanakan..

Sunday, August 21, 2011

sewa lori pun boleh..

Kami juga mempunyai sebuah lori untuk disewakan. Lori Daihatsu 1 tan tersebut baru kami beli untuk kegunaan mengangkut makanan2 kambing, mengangkut kambing dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar sewa, booking dll, boleh menghubungi En Razali di HP 0197647062.

Wednesday, August 3, 2011

Tempahan daging kambing sempena Aidil Fitri...

Salam semua,
bersempena dgn aidilfitri yg bakal menjelang x lama lagi,saya membuka tempahan untuk daging kambing segar. Kambing akan disembelih 1-2 hari sebelum raya dan akan diagihkan mengikut kuantiti yg ditempah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi kami di 0197647062..

Kami juga merancang untuk membuka gerai menjual daging kambing ketika itu di tepi jalan utama Pekan Jabi, menghala ke segamat dari buluh kasap (sebelum stesen minyak BHP).

Saturday, July 30, 2011

Umur Kambing Untuk Aqiqah

Ada beberapa haiwan ternakan yang boleh dibuat aqiqah setelah cukup syarat-syaratnya. Untuk aqiqah kambing, umurnya hendaklah cukup 2 tahun ATAU telah bersalin gigi..

boleh rujuk ke website berikut untuk maklumat lebih lanjut:

http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/19707/page:5

Gambar2 terkini

Hari ini saya berkesempatan untuk upload beberapa gambar kambing2 yg ada di kandang. Gambar tersebut telah saya re-size balik agar muat untuk diletakkan di sebelah tepi blog ini. Nak buat slideshow gambar2 tersebut tapi belum berjaya lagi. So saya selitkan beberapa keping gambar terlebih dahulu.

Harap semua dapat melihat gambar2 tersebut...:-)